Kaedah Permainan Novel_visual

Novel visual berbeza daripada genre-genre lain oleh kaedah permainannya yang singkat. Secara lazimnya para pemain hanya akan menekan butang pada tetikus mereka sembil membaca dialog ataupun teks-teks yang terpapar di skrin komputer, ataupun melihat bahan grafik latar belakang ataupun perubahan muzik dan bunyinya.

Kebanyakan novel visual mempunyai beberapa jalan cerita dan beberapa pengakhiran; ini adalah ditentukan para pemain sendiri apabila mereka diberi pilihan untuk menentukan arah jalan cerita tersebut. Jenis permainan sebegini pernah dibandingkan dengan buku-buku pengembaraan yang mana pembaca menentukan pilihan untuk menggerakkan jalan cerita buku tersebut. Kebanyakan peminat menikmati kaedah permainan seperti ini atas sebab teknik penceritaan yang menarik walaupun faktor ini selalu dikritik.

Sesetengah novel visual bukan setakat "mengklik butang tetikus" sahaja, tetapi merangkumi aspek interaksi yang berbeza, contohnya seperti Symphonic Rain yang mana para pemain diminta untuk memainkan sejenis alat muzik dan mendapat markah yang baik untuk meneruskan permainan. Aktiviti sebegini selalunya berhubung dengan pakatan jalan cerita permainan komputer tersebut, dan perlu dilakukan demi meneruskan permainan.

Sesetengah judul pendek tidak mempunyai perhentian pilihan sama sekali. Kebanyakan judul dalam kes ini tergolong daripada ciptaan peminat. Permainan komputer novel ciptaan peminat sebenarnya agak terkenal; terdapat beberapa enjin-enjin permainan video dan alat pembinaan khas untuk ciptaan yang lebih mudah, antaranya NScripter, KiriKiri dan Ren'Py.

Kebanyakan novel-novel visual menggunakan pelakon-pelakon suara latar untuk melakonkan watak-watak dalam permainan komputer mereka. Kadangkala watak protagonis tidak bersuara walaupun watak-watak lain mempunyai alihan suara.